Seth Hitfat

10 Tips Untuk Kurangkan Lemak

1. Fahami apa itu lemak badan, apa fungsinya, dan berapa banyak kadar ideal yang diperlukan oleh badan. – Badan kita sebenarnya memerlukan simpanan lemak badan tetapi dalam kadar minimum untuk membolehkan sistem saraf dan organ-organ seperti otak berfungsi dengan baik. Tubuh juga memerlukan lemak sebagai pelapik dan penebat. Apabila kuantitinya terlebih, kita berisiko untuk mendapat penyakit jantung dan kencing manis. Purata lemak badan yang ideal untuk wanita ialah 25-28% dan untuk lelaki ialah 12-15%.

2. Kadar pembakaran lemak badan berkait rapat dengan berapa banyak kalori yang anda makan. – Untuk mengurangkan lemak badan, anda harus kurangkan pengambilan kalori sekarang.

3. Elakkan diet rendah lemak. – Sebahagian kajian menunjukkan bahawa amalan diet rendah lemak tidak berkesan menurunkan lemak badan berbanding diet tinggi lemak. Walaupun lemak mempunyai lebih banyak kalori per gram berbanding protein dan karbohidrat, tetapi pengambilan lemak dalam kuantiti mampu mengenyangkan anda.

4. Kurangkan karbohidrat – Apabila diet tinggi lemak diamalkan, karbohidrat harus dikurangkan untuk mengimbangi jumlah pengambilan kalori. Karbohidrat amat diperlukan oleh badan untuk menjana tenaga supaya kita boleh berfikir, berjalan dan bergerak. Bersenam juga menggunakan karbohidrat. Oleh itu, karbohidrat harus juga diambil dalam kuantiti sedikit, bukan dipotong terus.

5. Berikut adalah cara untuk menganggarkan kira-kira berapa banyak karbohidrat yang anda makan. – Perlu diingatkan bahawa jumlah karbohidrat pada label tidak selalunya betul. Jumlah kalori yang sebenar mungkin lebih dari yang tertera.

6. Tidur yang mencukupi dan berkualiti – Tidur yang berkualiti akan menyeimbangkan hormon badan termasuk hormon metabolisma. Oleh itu, tidur yang tidak berkualiti boleh mengganggu sistem hormon dan anda akan susah untuk menurunkan berat badan.

7. Lakukan senaman kardio berintensiti tinggi –Senaman kardio berintensiti sederhana mempunyai manfaat kesihatan sendiri, tetapi pembakaran lemak cekap tidak begitu bagus. Senaman kardio berintensiti tinggi lebih berkesan untuk membakar lemak dalam kuantiti yang banyak. Bahkan, ia tetap membakar lemak walaupun selepas anda selesai bersenam.

Untuk membantu anda buat senaman kardio berintensiti tinggi secara kumpulan, anda boleh join Program Kurangkan Berat Badan (HITFAT 9.0) yang akan bermula 14 Januari – 26 Februari 2017 di seluruh Malaysia. Anda boleh daftar & klik di link ini www.hitfat7minggu.com.                                                                                                

8. Lakukan senaman kekuatan – Otot adalah sejenis tisu khas kerana metabolismanya sangat aktif. Ini bermakna apa sahaja otot anda lakukan – daripada berdiri dan berjalan hinggalah bersenaman, otot akan menggunakan tenaga. Lebih banyak pergerakan anda lakukan, lebih banyak tenaga atau kalori yang akan digunakan.

9. Hentikan pengambilan minuman bergula. – Ia tidak akan mengenyangkan anda. Ia hanya membekalkan anda karbohidrat tambahan yang akan ditukar menjadi lemak.

10. Minum air yang mencukupi. – Jika badan anda tidak mempunyai air yang mencukupi, badan anda tidak boleh menghasilkan tenaga daripada lemak badan dengan cekap. Oleh itu, jika anda minum air dengan mencukupi, anda dapat menurunkan lemak badan dengan efisien. Kadar pengambilan air yang anda perlu minum sehari ialah 32 ml darab berat badan (kg).

ADD COMMENT