Seth Hitfat

5 Kelebihan ‘PLANK’ Untuk Kesihatan Anda

1. Membentukkan Abdomen.

Ini adalah kelebihan utama senaman plank. Kekuatan otot “Core” kita akan bertambah dan ia akan membantu dalam pembetukan “six pack” kita. Struktur yang kukuh pada bahagian tengah-tengah badan (Core) adalah keperluan utama jika anda merancang untuk memiliki abs yang menarik.

2. Meningkatkan Flexibility.

Anda punya otot bahagian belakang akan menjadi lebih “flexibile” jika anda melakukan senaman plank secara kerap. Ia adalah senaman yang bagus untuk bahu dan juga tulang selangka (Collarbone). 

3. Dapat Mencegah Sakit Belakang.

Apabila otot “core” kita menjadi kuat, peratus untuk anda mengalami sakit belakang akan menjadi rendah. Malah, secara dasarnya bahagian belakang yang kuat membolehkan anda untuk membuat aktiviti harian dengan lebih mudah

4. Membentuk Postur yang lebih baik

Apabila abs kita menjadi kukuh dan kuat hasil dari melakukan senaman plank secara konsisten, ia juga membuatkan postur badan kita menjadi lebih baik dan lebih stabil. 

5. Meningkat Mood anda.

Seperti senaman yang lain juga, plank turut merupakan senaman yang boleh meningkatkan mood anda. Senaman plank akan bantu meregangkan sebahagian kumpulan otot, oleh itu bahagian terbabit akan menjadi lebih relaks kesan daripada regangan otot tersebut. 

ADD COMMENT