
Fat Loss Tips 1
Ni merupakan satu prioriti dan bukannya “Do's and Don'ts” apa yg anda boleh dan tak boleh buat.
Ia merupakan panduan untuk anda nak capai “FAT LOSS” dengan cepat dan mudah.
Tiada masalah dengan CARDIO tapi untuk fat loss STRENGTH TRAINING / LATIHAN BEBANAN lebih baik.
Ia juga sama dengan CARBOHYDRATES. anda boleh makan macam biasa cuma, lebih pentingkan pengambilan PROTEIN dan juga sayur-sayuran yan tak berkanji seperti broccoli, kobis, kekacang, dsb.
anda juga perlu pastikan pengambilan AIR yang mencukupi untuk badan.
Sebenarnya, semua yang dinyatakan di dalam gambar adalah penting untuk kita dalam proses penurunan berat badan atau dengan lebih spesifik FAT LOSS, tetapi yang LEBIH PENTING adalah #CONSISTENCY. Jadi coach nak ingatkan yang paling penting untuk kita dalam fat loss journey kita ialah kekal fokus dan ikut program yang telah anda rancangkan.
.
Dan seterusnya, INTENSITY. Pastikan setiap sesi latihan anda betul-betul di ambil kira dan memberikan hasil pada anda. Sprint, Circuit Training, Angkat lebih berat dari biasa dan sebagainya. Sesi yang ringkas, padat dan berintensiti tinggi adalah lebih efektif untuk fat loss dari latihan yang mengambil masa yang lama, dan berintensiti rendah. dan jika anda masih mahu lakukan aktiviti cardio selepas itu. TERUSKAN!
.
Akhir sekali, apa yang paling penting dalam exercise program anda ialah kefahaman tentang apa anda lakukan akan memberi kesan terhadap FITNESS GOAL anda.
“Effectiveness (Doing the right things) is more important, then it will come to efficiency (Doing things right)”
cc: Prazo Fitness