Seth Hitfat

Pemilihan Pakaian dan Kasut Untuk Senaman

Sebelum memulakan aktiviti fizikal, pemilihan pakaian dan kasut memainkan peranan penting dalam menentukan seseorang untuk terus melakukan aktiviti dan senaman. Pakaian yang kita pakai akan mempengaruhi suhu badan semasa senaman. Adalah disarankan untuk memakai pakaian seminimum yang mungkin untuk meningkatkan kadar pembebasan haba melalui peluh.

Memakai pakaian yang mencegah kulit dari terdedah ke persekitaran akan menyebabkan haba untuk terperangkap di dalam badan kita. Oleh itu, kadar peluh akan meningkat dan jika langkah berjaga-jaga tidak diambil ia boleh menyebabkan dehidrasi.

Jika kita tidak minum air secukupnya, ia boleh menyebabkan berlakunya strok haba dan kita mungkin boleh pengsan semasa melakukan aktiviti fizikal. (Strok haba ialah keadaan dimana badan kita gagal untuk mengawal suhu badan)

Pemilihan kasut yang sesuai untuk aktiviti fizikal bergantung pada jenis kaki/ Arch type.

Jenis kaki/ Arch type terbahagi kepada 3 iaitu,

  • Normal Arch
  • High Arched Print
  • Flatfoot Print.

 

 

 

Untuk mengetahui jenis kaki / arch type anda, anda boleh buat test ini.

 

ADD COMMENT