Seth Hitfat

Tips Diet Di Majlis Perkahwinan

 

Perkara yang paling sukar untuk menjaga makan adalah apabila tibanya musim kenduri. Terdapat beberapa tips yang anda boleh ikuti untuk terus menjaga pemakanan anda. Berikut merupakan tips-tips yang anda boleh ikuti;

 

Pengambilan karbohidrat

Nasi minyak merupakan makanan wajib jika apabila kita sebut tentang perkahwinan terutamanya dikalangan melayu.

  • Anda boleh mengambil 1/4 senduk nasi minyak untuk mengurangkan kalori anda pada hari itu dan cuba elakkan mengambil lauk bergoreng seperti ayam goreng Bersama-sama nasi minyak.
  • Pilih nasi putih selain nasi minyak *jika mempunyai pilihan nasi.
  • Anda juga boleh memilih nasi minyak dan nasi putih dengan skala 1:1. Campur nasi anda dan tidak melebihi porsi yang ditetapkan.
  • Jika anda mengambil nasi, elakkan mengambil kentang daripada lauk-pauk kerana kentang merupakan sumber karbohidrat.

 

Pengambilan lauk-pauk

  • Jika anda mengambil nasi minyak, cuba elakkan mengambil kuah daripada lauk seperti kuah masak kurma, kuah kari, kuah masak merah. Sebaliknya anda boleh mengambil ayam/daging dari dalam hidangan itu tanpa kuah tambahan.
  • Pengambilan kuah boleh menambah kandungan lemak anda pada waktu tersebut.
  • Bahagian ayam yang anda disyorkan ambil (kurang lemak, kalori) adalah bahagian dada.
  • Jangan lupa untuk melebihkan pengambilan dan buah-buahan separuh daripada pinggan anda.

 

Pengambilan minuman

  • Dimusim kenduri ini, tidak adil jika kita tidak menikmati hidangan yang tersedia seperti pencuci mulut (cendol, ice-cream, kuih-muih, air manis) sebarang makanan yang manis. Anda boleh cuba untuk memilih salah satu hidangan sahaja. Sebagai contoh, jika anda mengambil air manis pasa waktu tersebut cuba elakkan mengambil sebarang pencuci mulut.
  • Jika and teringin mengambil makanan seperti cendol dan sebagainya, anda boleh cuba minum air kosong sahaja dan dapat menikmati makanan yang anda ingini.

 

         Konklusinya, penting untuk anda tetap menjaga makanan anda walaupun pada musim perayaan. Bukan tidak boleh makan tetapi cuba mengambil dalam porsi yang sedikit dan minum banyak air kosong, sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia dapat mengenyangkan anda. Pengambilan makanan dalam porsi yang sedikit dan kerap dapat meningkatkan metabolism badan anda dan memudahkan anda untuk menurunkan berat badan. Jangan lupa tentang pinggan sihat Malaysia.

ADD COMMENT