
Tips Makan di ‘Fast Food Restaurant’
Boleh ke makan fast food? Jawapannya tentulah tidak tapi…
Situasi jika rakan-rakan mengajak anda / menyambut sesuatu pasti anda tidak mahu ketinggalan bukan? Jika anda menahan lapar, kemungkinan anda makan lebih banyak selepas itu adalah tinggi.
Pilih Makanan ala-carte dan bukan set ! Walaupun harga set lebih berbaloi, tetapi berbaloikah kalori yang anda tambah untuk RM1 add on?
Sebagai contoh :
Anda membeli burger ala carte kalori anda makan cuma 255 kcal tetapi walaupun anda menambah RM1 untuk set anda juga telah menambah kentang + air yang juga menambah kalori sebanyak 630kcal. Jumlah anda makan untuk set adalah 885kcal !! Hampir kalori untuk sehari untuk penurunan berat badan wanita iaitu 1000kcal (mengikut berat tertentu). Adakah RM1 anda wajar dilaburkan?
Teringin makan kentang? Apa yang anda boleh lakukan adalah;
- berkongsi dengan rakan-rakan, amalkan perkongsian kalori kerana ‘sharing is caring’.
Sebelum anda membuat pilihan makanan fikir dahulu:
- Adakah cheeseburger lebih berbaloi berbanding double cheese burger?
- Set besar atau Set kanak-kanak?
- Ala Carte atau Set?
- Berbaloikah wang anda?
Jika anda terfikir untuk makan ‘fast food’. Fikirkan kembali,
- Kalori 1 burger = 400 – 900 kcal
- Kalori anda makan nasi campur (nasi + ayam + sayur campur) ? = 200 – 600 kcal
Mana lebih berbaloi?
Jika anda merasa kurang kenyang dengan pemilihan makanan kurang kalori, amalkan makan secara kerap tetapi pengambilan yang sedikit.
- Nikmati rasa setiap kunyahan makanan anda untuk membuatkan anda cepat kenyang.
- Tidak perlu untuk habiskan semua makanan anda dalam satu masa, simpan untuk makan kembali pada waktu lain.
Jangan lupa tentang pengambilan buah-buahan jika anda lapar, boleh cuba makan buah-buahan sebagai snek anda.