Seth Hitfat

“USAHA TANGGA KEJAYAAN”

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat..Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana usaha yg berterusan berjaya menampakkan hasil..Jangan sesekali putus asa kerana kejayaan pasti akan datang cuma bezanya cepat atau lmbat sahaja..
.
Berat asal saya ialah 125kg dan sekarang berat sy 87kg.. Dalam masa 5 bulan sy berjaya turunkan sebanyak 38kg..saya nak capai target berat badan sy ialah 70kg..doakan saya supaya istiqamah..
.
Kat sini saya nak share kepada anda semua ape yg saya makan tiap2 hari dan senaman yg sy lakukan.
.
Setiap kali bangun pagi sy akan minum segelas air kosong

+ Sarapan (7am- 8am) – telur separuh masak 2biji dan air lemon suam

+ Minum pagi (10am) – epal hijau atau kurma atau kismis

+ Makan tengah hari (12pm – 1pm) – nasi putih satu senduk dgn lauk ikan atau ayam (rebus,kukus,gril,sup,panggang) dan sayur

+minum petang (5pm) – epal hijau

+makan malam (7pm – 8pm) – nasi satu senduk dgn lauk ayam atau ikan (rebus,kukus,gril,sup,panggang) dan sayur

+supper (9pm – 10pm) – epal atau kurma
.
Saya minum air kosong 4liter sehari. Air manis saya tak minum langsung.
.
[Senaman]
– bulan pertama saya jalan kaki 15minit ke 30minit sehari
– bulan ke-2 saya jalan kaki dan berlari slow
– bulan ke-3 smpai ke-5 saya joging slow2. Buat setakat yang mampu

Senaman lain yg sy lakukan
+tabata
+plank
+sit up
+squat
+push up

Saiz baju saya sebelum ni ialah xxxl dan sekarang boleh pakai saiz M..target boleh pakai saiz S..hehe
.
Kepada mereka yg lmbat trun berat tu jgn putus asa. Fokus ape yg anda inginkan..anda mampu mengubahnya. Biar Lambat asal jangan putus asa
.
Rasanya stakat ni dlu perkongsian saya. Kalau anda rasa bermanfaat boleh la SHARE kepada kawan2 yg lain

“KITA BUAT, KITA YANG DAPAT, KITA YANG SIHAT”

ADD COMMENT