
11 Kelebihan Bersenam di Rumah
Terdapat ramai di antara kita yang ingin mendapatkan kesihatan mental dan fizikal hasil daripada senaman ketika di rumah. Mungkin ada diantara kita yang mengalami sedikit kesulitan untuk melakukan aktiviti di luar rumah. Tiada siapa yang boleh menghalang untuk melakukan setiap aktiviti fizikal terutama ketika di rumah mahupun di luar rumah. Sebenarnya, kelengkapan yang ada di rumah sudah mencukupi untuk kita melakukan senaman dengan lebih selesa. Di ruangan ini, kami kongsikan manfaat dan sebab mengapa senaman di rumah adalah lebih terbaik.
1. Anda boleh pakai semua pakaian yang anda inginkan
Ini bermakna anda tidak perlu risau untuk memilih pakaian yang sesuai dari segi warna, jenis dan sebagainya. Tiada siapa yang peduli tentang fesyen yang anda gayakan ketika bersenam. Malah, anda akan menjadi lebih selesa untuk melakukan pergerakan fizikal dengan pakaian yang anda pakai ketika di rumah.
2. Mekap dan rupa tidak menjadi masalah besar
Ketika bersenam di gym atau di padang, anda pasti akan berpeluh. Kebiasaannya anda akan lebih menjaga penampilan ketika dikhalayak ramai walaupun ketika bersenam supaya sentiasa kelihatan segar dan cantik. Namun, bersenam di rumah akan menjadi lebih seronok kerana anda tidak perlu risau tentang pandangan orang lain terhadap rupa anda!
3. Tiada siapa yang akan melihat riak muka anda ketika bersenam.
Ketika melakukan senaman di rumah, anda akan lebih fokus terhadap jenis senaman yang sesuai dengan tahap kebolehan anda. Jadi, anda tidak perlu risau untuk bersenam dengan muka yang sedang menahan sakit mungkin disebabkan intensity yang berlebihan.
4. Anda boleh melakukan pergerakan yang pelik namun bermanfaat untuk badan
Kadang-kadang anda akan merasakan lebih keseronokan melakukan pergerakan yang lain daripada kebiasaan tetapi boleh memberi keselasaan terhadap otot dan sistem badan.
5. Anda tidak akan berasa malu untuk melakukan senaman baru yang agak susah
Masalah yang biasa berlaku ketika bersenam di gym atau padang adalah anda akan malu untuk melakukan senaman baru kerana memikirkan posisi anda yang mungkin salah. Tetapi, jika anda bersenam di rumah, ia akan lebih selesa kerana tiada siapa yang melihat diri anda.
6. Selfie bukan penghalang
Budaya ‘selfie’ sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat. Namun anda mungkin akan mengalami perasan malu dan tidak selesa untuk bergambar ketika bersenam. Inilah kelebihan bersenam di rumah kerana anda boleh ber’selfie’ sebanyak mungkin dengan gaya yang mengancam tanpa pedulikan orang lain.
7. Konsentrasi anda tidak terganggu
Jika bersenam di khalayak ramai, tumpuan anda mungkin akan terjejas kerana melihat orang sekeliling dengan pelbagai gaya yang pelik. Anda akan lebih fokus jika bersenam di rumah tanpa gangguan.
8. Barang di rumah lebih bersih dan tidak berkongsi dengan orang ramai.
Anda mungkin tidak nampak kuman atau bakteria yang terdapat di setiap penjuru alatan gym kerana ramai yang menggunakannya. Alatan di rumah lebih selamat dan bersih.
9. Banyak masa yang dibazirkan jika keluar rumah
Anda mungkin akan mengambil masa lebih untuk sampai ke tempat gym atau padang jika terdapat masalah jalan sesak atau ada kerja lain. Senaman di rumah lebih menjimatkan masa anda.
10. Anda terselamat daripada terhidu bau badan orang sekeliling
Berpeluh ketika bersenam adalah perkara biasa. Bau peluh mungkin akan menjejaskan fokus anda. Jika bersenam di rumah, anda juga tidak perlu risau untuk menjaga bau badan anda kerana ia tidak menjejaskan aktiviti senaman anda.
11. Lakukan perkara yang memuaskan diri anda
Senaman di rumah lebih seronok kerana anda boleh melakukan perkara yang boleh memuaskan hati anda tanpa memikirkan pandangan orang sekeliling. Perkara ini pasti boleh menghilangkan stress dalam diri anda.