5 Kelebihan mempunyai coach atau personal trainer

Gym sudah menjadi tempat yang semakin diminati ramai kerana kelengkapan yang disediakan sesuai dan selesa. Namun, teknik yang betul perlu diajar terlebih dahulu. Terdapat ramai yang telah menggunakan khidmat jurulatih peribadi kerana kelebihan mereka yang boleh memberi latihan secara fokus. Menggunakan jurulatih peribadi sama ada untuk sesi selama satu bulan, atau satu tahun, adalah salah satu perkara terbaik yang boleh dilakukan oleh seseorang untuk dirinya sendiri kerana jurulatih peribadi boleh fokus kepada target yang anda inginkan. Amat mengagumkan jika jurulatih tersebut dapat mengetahui apa yang diperlukan oleh badan anda dan latihan apa yang sesuai melalui seseorang yang mempunyai pengetahuan kecergasan, nutrisi dan kesihatan. Jurulatih peribadi juga ingin melihat anda berjaya dan berusaha untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Disini kami kongsikan kelebihan-kelebihan mempunyai jurulatih peribadi:  

1. Percubaan awal

Beberapa kemudahan latihan peribadi yang boleh diambil manfaat daripadanya adalah mereka menawarkan sesi pertama pengenalan percuma. Sekiranya anda mendapati sebuah gym memberikan khidmat tersebut, ai amat jarang berlaku, jadi anda perlu segera mendapatkannya. Sudah semestinya di awal percubaan, tiada tekanan untuk membeli apa-apa pakej mewah dan anda tidak akan terikat dengan sesuatu yang anda tidak pasti.

2. Tahu Matlamat Anda

Jika anda hanya ingin mendapatkan senaman yang sesuai atau mempunyai matlamat untuk meurunkan berat badan yang banyak, jurulatih peribadi adalah target yang betul. Anda boleh memberitahu jurulatih matlamat anda dan cara tersebut boleh membantu jurulatih untuk memberi tumpuan yang terbaik untuk anda mencapai matlamat.

3. Pemakanan yang Betul dan Kerap

Makan lima hingga enam hidangan kecil sehari dan mengurangkan semua karbohidrat yang diproses dan menggantikannya dengan karbohidrat kompleks seperti bijirin penuh, beras merah dan oat. Diet yang bagus, sihat dan seimbang adalah kunci untuk berjaya dalam penurunan berat badan atau gaya hidup yang sihat. Setiap hidangan perlu ada protein dan tidak meninggalkan sarapan serta makan malam.

4. Kekalkan Motivasi

Motivasi amat penting untuk kekal bersemangat ketika latihan. Jurulatih boleh memberi jalan kepada anda, tetapi anda sendiri yang perlu bersemangat melakukannya. Ramai yang gagal dan berhenti separuh jalan kerana kurang motivasi dalam diri. Anda juga boleh belajar teknik yang diberikan oleh jurulatih ketika berada di rumah. Setelah bersenam menjadi rutin, ia akan menjadi lebih mudah untuk dipraktikkan.

5. Latihan Kardio

Jom kita lakukan! Latihan kardio bukan sahaja bahagian yang paling menarik dalam latihan anda, tetapi ia boleh memberi manfaat kepada badan dan minda anda. Berlari memerlukan kekuatan mental dan tekad yang tinggi. Ia akan bertambah seronok jika anda mampu melakukannya tanpa tekanan.  
ADD COMMENT

Need help? Call our award-winning support team 24/7 at (480) 505-5050

Hitfat adalah syarikat yang beperanan untuk membantu masyarakat di Malaysia amalkan gaya hidup secara sihat. Hitfat menyediakan banyak program-program menarik untuk masyarakat Malaysia, contohnya ‘Group Workout’ , Online Training, Corporate Training, dan banyak lagi.

Pages

Ebooks

Course