10 Tips Untuk Kekal Fit dan Sihat

Pernah anda tengok Instagram atau Facebook dan melihat gambar bentuk badan mantap yang semestinya menjadi idaman semua orang? Terdapat juga video-video yang menunjukkan cara senaman untuk mendapatkan badan yang cergas dan bentuk badan yang hebat. Anda mungkin akan rasa tercabar dan ada di sudut hati untuk melakukan perkara yang sama. Usah risau! Anda sebenarnya mampu untuk menjadi seperti mereka. Manfaatkan langkah-langkah yang diberikan untuk anda meningkatkan kecergasan diri.

1. Rangka jadual harian

Related image Jika anda merangka jadual harian dengan teratur, anda pasti boleh manfaatkan setiap saat yang anda ada setiap hari untuk kekalkan stamina dan cergas sepanjang hari. Pastikan anda mengikut jadual yang dirangka dengan mencatatnya di dalam calendar, telefon mahupun nota kecilyang ditampal ditempat yang kerap dilihat. Masalah ‘tiada masa’ akan hilang dari rutin harian anda jika anda mampu merancang dengan baik dan berdisiplin. Jika anda risau tidak mampu melakukan apa yang dirancang kerana beberapa kekangan, cuba praktikkan bersenam di awal pagi sebelum mulakan kerja lain.  

2. Cari sahabat yang memahami

Image result for good habit fitness Bersenam secara berkumpulan akan lebih seronok dan mencabar untuk setiap sesi senaman yang dilakukan. Sahabat yang baik boleh memberi motivasi kepada diri anda untuk terus melakukan senaman melebihi kemampuan diri anda. Jika anda susah mencari pasangan yang baik, cuba rujuk jurulatih di gym untuk megetahui mereka yang sama target dengan anda. Usaha dan anda akan dapat melihat hasilnya!  

3. Tetapkan target

Image result for set goal t fitness Bagi mereka yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kecergasan setiap hari, sebenarnya mereka juga memerlukan tahapmotivasi yang tinggi dan pengghargaan untuk diri sendiri apabila sudah mencapai target tersendiri. Anda perlu menetapkan target yang jelas kerana ia boleh memberi semangat kepada diri anda setiap kali ingin memulakan latihan. Apabila anda mencapai sesuatu target, cuba untuk luangkan sedikit masa untuk diri sendiri sebagai tanda penghargaan untuk diri anda.  

4. Gunakan waktu rehat sebaiknya

Related image Apabila anda mula bersenam, anda perlu mengekalkan motivasi diri. Perkara ini kadang-kadang agak sukar. Ketika badan anda bergerak, ia membantu pengaliran darah, bina otot dan mengukatkan tulang. Ketika rehat pula, badan anda sedang bekerja untuk membaiki tisu-tisu badan, tulang dan otot supaya anda bersedia untuk hari seterusnya. Jadi anda perlu mendapatkan rehat secukupnya untuk mengelakkan sebarang kecedaraan.  

5. Catat senaman anda setiap hari

Image result for record fitness picture Catat semua senaman yang anda lakukan selepas sesi latihan. Perkara ini amat penting kerana ia membantu diri anda untuk melihat peningkatan prestasi setiap latihan. Dengan cara ini, anda boleh meletakkan target yang sesuai dan cabar diri anda untuk melakukan lebih lagi setiap hari.

6. Gabungkan senaman

Image result for variety exercise Kebiasaannya, anda akan mula bosan jika melakukan aktiviti yang sama setiap hari. Cuba bayangkan jika anda melakukan senaman yang berulang selama sebulan hingga tamat sesi. Pada awalnya anda mungkin akan bersemangat. Namun, jika diteruskan, anda pasti akan bosan dengan rutin anda. Ketika itu lah anda akan cuba untuk mengubahnya menjadi lebih menarik dan seronok. Cuba untuk tingkatkan intensiti latihan dan variasikan senaman anda dengan menggabungkan beberapa senaman yang berlainan. Perubahan ini memberi banyak manfaat terutama penurunan berat badan, bina otot dan kekuatan tulang.  

7. Bersenam ketika hari bekerja

Image result for exercise during work Benar, ia amat sukar untuk meneruskan senaman ketika hari bekerja. Tambahan pula, anda baru sahaja cuti untuk rehat di hujung minggu. Anda perlu teruskan senaman dan cuba untuk kekalkan motivasi dalam diri. Senaman pada permulaan hari setiap minggu akan memberi momentum yang kuat untuk anda terus bersemangat pada hari-hari seterusnya.  

8. Dapatkan tidur secukupnya

Image result for sleep enough Tidur adalah rehat yang terbaik untuk badan anda membaiki semula tisu yang terkoyak ketika bersenam. Remaja yang mengamalkan gaya hidup aktif memerlukan sekurang-kurangnya waktu tidur selama 7 hingga 10 jam supaya badan mendapat rehat yang sempurna. Jika anda tidak cukup tidur, badan anda akan meningkatkan penghasilan kortisol yang menyebabkan peningkatan selera makan, pengambilan gula yang tinggi dan boleh meningkatkan berat badan.  

9. Jangan tinggalkan sarapan

Image result for healthy fitness breakfast Anda pasti sudah biasa mendengar bahawa sarapan adalah hidangan yang wajib diambil setiap hari. Bagi mereka yang ingin kekalkan kecergasan badan, hidangan sarapan perlulah dengan kuantiti yang betul dan tidak kurang atau lebih. Tanpa sarapan, badan anda akan cenderung untuk mudah beras lapar ketika tengahri dan cuba untuk makan dalam kuantiti yang banyak. Pastikan hidangan sarapan anda mengandungi karbohidrat, protin dan lemak yang mencukupi untuk kekal cergas sepanjang hari.  

10. Jadikan senaman anda menyeronokkan

  Image result for fitness fun Ada sesetengah antara kita yang kurang berminat untuk melakukan senaman. Sebenarnya mereka tidak gemar dengan beberapa jenis senaman. Mungkin ia memenatkan, leceh atau tidak sesuai dengan anda. Penyelesaiannya adalah pilih senaman yang anda rasa seronok. Jadikan senaman harian anda sesuatu yang menyeronokkna. Jika anda tidak suka berlari, jangan berlari. Jika anda berminat dengan senaman menari, lakukan! Tiada siapa yang boleh menghalang diri anda untuk membuat keputusan yang terbaik.
ADD COMMENT

Need help? Call our award-winning support team 24/7 at (480) 505-5050

Hitfat adalah syarikat yang beperanan untuk membantu masyarakat di Malaysia amalkan gaya hidup secara sihat. Hitfat menyediakan banyak program-program menarik untuk masyarakat Malaysia, contohnya ‘Group Workout’ , Online Training, Corporate Training, dan banyak lagi.

Pages

Ebooks

Course