Berapa lama masa diperlukan untuk tidur?

Sebenarnya tiada jumlah waktu yang tetap untuk kita dapatkan tidur yang cukup. Jumlah masa yang diperlukan untuk tidur bergantung kepada umur, jantina, tahap aktiviti yang dilakukan dan genetik badan. Terdapat kajian menunjukkan bahawa orang dewasa memerlukan tidur selama 7 hingga 9 jam setiap malam. Jika anda mendapatkan tidur yang cukup, hari anda akan penuh bertenaga kerana anda dapat tidur secukupnya. Kajian lain pula menunjukkan perbezaan antara tidur dengan jumlah jam yang sedikit dan tidak cukup tidur. Tidur dengan jumlah jam yang sedikit hanya akan membantut produktiviti dan susah untuk mengingati sesuatu perkara. Manakala tidak cukup tidur akan menyebabkan kesihatan terjejas.   Sebagai contoh, tidak cukup tidur akan menyebabkan:
  • Risiko kemalangan meningkat
  • Peningkatan obesity kerana tidur meningkatkan selera makan
  • Risiko diabetes dan masalah jantung meningkat
  • Meningkatkan risiko masalah mental kerana tekanan dan penggunaan ubat/dadah yang melibatkan masalah tidur
  • Mengurangkan keupayaan memberi tumpuan, tindak balas yang perlahan serta susah untuk mengingati sesuatu perkara.
  Langkah untuk membantu badan mendapatkan tidur yang cukup:
  • Pastikan tidur secara konsisten dan bangun mengikut waktu walaupun hujung minggu
  • Lakukan aktiviti yang menenangkan sebelum tidur seperti mandi air panas atau mendengar muzik yang lembut. Lakukan satu jam atau lebih awal dari waktu tidur anda.
  • Cipta ruangan yang selesa di tempat tidur seperti cahaya malap, dingin dan berbau wangi.
  • Gunakan bilik tidur hanya untuk tidur. Elakkan daripada menonton TV, menggunakan computer atau membaca di katil.
  • Makan sekurang-kurangnya 2 atau 3 jam sebelum waktu anda tidur
  • Lakukan senaman setiap hari atau beberapa jam sebelum tidur
  • Elakkan kafein, alcohol dan merokok apabila hendak tidur.
Dapatkan rehat secukupnya di waktu malam, anda akan mendapat manfaat yang berganda.
ADD COMMENT

Need help? Call our award-winning support team 24/7 at (480) 505-5050

Hitfat adalah syarikat yang beperanan untuk membantu masyarakat di Malaysia amalkan gaya hidup secara sihat. Hitfat menyediakan banyak program-program menarik untuk masyarakat Malaysia, contohnya ‘Group Workout’ , Online Training, Corporate Training, dan banyak lagi.

Pages

Ebooks

Course