ABOUT

Seth Hitfat atau nama penuh Tuan Asyrani Nasir bin Tuan Mohamad Hashim, 26 tahun merupakan Pengasas dan Coach HITFAT. Beliau mula aktif dalam Usahawan Kecergasan sejak Mac 2015. Pada tahun itu beliau hanya bermula di Kota Bharu, beliau mula menubuhkan syarikat Hitfat dan fokus 100% pada tahun 2016.

Hitfat adalah syarikat yang beperanan untuk membantu masyarakat di Malaysia amalkan gaya hidup secara sihat. Hitfat menyediakan banyak program-program menarik untuk masyarakat Malaysia, contohnya 'Group Workout' , Online Training, Corporate Training, dan banyak lagi.

Beliau sudah meluaskan HITFAT di seluruh Malaysia. Lebih 30 kawasan Hitfat di Malaysia. Ramai peserta beliau yang sudah berjaya kurangkan berat badan dan tingkatkan kecergasan masing- masing. Setakat ini sudah beribu peserta yang sudah menyertai program HITFAT.

Misi beliau sekarang adalah membantu lebih ramai masyarakat di Malaysia lebih kepada amalkan gaya hidup yang sihat. Beliau merupakan graduan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang lepasan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dan Diploma Pengajian Sukan. Pernah bekerja di Pusat Satelit Institut Sukan Negera (ISN) Kelantan. Beliau berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan sekarang menetap di situ.

Copyright 2018 © All rights Reserved.  SethHitfat.com