Seth Hitfat

Bagaimana Cara Nak Kurus?

1. Tentukan jenis badan anda sama ada ectomorph, endomorph atau mesomorph (anda boleh gunakan Body Type Calculator yang terdapat di internet) dan pilih satu role model yang realistic untuk anda capai.


2. Dapatkan dan sentiasa mengawasi peratusan lemak anda. Pastikan anda kekalkan tahap lemak dalam badan di paras yang sihat. Lemak dalam badan yang terlalu rendah adalah SAMA BAHAYA dengan tahap lemak dalam badan yang tinggi, lebih-lebih lagi untuk golongan wanita. Adalah disarankan untuk anda dapatkan seorang yang professional untuk kira peratusan lemak dalam badan anda. Atau untuk dapatkan anggaran peratusan lemak anda, anda boleh gunakan Bio Impedence Machine (BIA) atau Body Fat Calculator yang terdapat di internet.


3. Tentukan berat badan ideal anda berdasarkan jenis badan anda


4. Jadikan badan anda dalam keadaan kalori defisit dengan turunkan pengambilan kalori anda 15 – 20 % dari keperluan badan anda untuk kekalkan berat badan anda.


5. Buat satu Calorie Cycle dalam pengambilan kalori anda. Tukar kadar pengambilan kalori anda setiap beberapa hari. Contohnya, anda boleh buat 3 hari kalori rendah dan 1 hari kalori tinggi. Ini akan membuatkan badan anda keliru dan akan menghalang plateau effect dalam penurunan berat badan anda.


6. Makan 5 – 6 hidangan yang kecil sepanjang hari anda untuk mengekalkan metobilsm anda di paras yang tinggi.


7. Rajinkan diri anda untuk melakukan aktiviti cardio. Senaman akan meningkatkan kalori defisit yang perlu anda cipta sepanjang pengambilan kalori anda untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan dan pembentukan badan yang ideal.

Dengan diet yang seimbang akan mengurangkan lemak dalam badan anda tapi tidak akan membentuk badan yang anda inginkan. Aktiviti senaman akan membentuk otot dan meningkatkan metabolism dalam badan.

Untuk proses penurunan berat badan, adalah penting untuk melakukan AKTIVITI SENAMAN, ini kerana dengan diet sahaja paras metabolism anda akan menurun. Jadi aktiviti senaman akan menghalang dari ia terus turun, bahkan akan meningkatkan cardiovascular fitness dan kesihatan anda.

 
8. Untuk menurunkan berat badan dan dapatkan badan yang ideal anda perlu melakukan latihan bebanan. Selalunya dengan diet sahaja ia akan menyebabkan badan anda kehilangan jisim otot dimana akan menurunkan paras metabolism.

Oleh itu, latihan bebanan akan mengekalkan bentuk badan yang ideal. Jika anda kehilangan jisim badan dan tiada pembentukan otot, ini akan menyebabkan pembentukan selulit berlaku.

 
9. Belajar cara yang betul untuk berlari, ia bukan sahaja bagus untuk proses penurunan berat badan. Malah dengan cara yang betul ia boleh menghalang anda dari kecederaan.

 
10. Buat HIIT (High-Intensity Interval Training) dalam rutin senaman anda. HIIT melibatkan masa kerja yang singkat dan diselangi dengan masa rehat. Kebiasaannya HIIT dilakukan selama 20 minit dan kajian menyatakan ia adalah lebih berkesan dari jogging LSD (Long Slow Distance) selama 40 minit. Lebih menarik lagi, badan akan berada dalam “Burning Mode” sehingga 24 jam selepas workout.

Kajian juga menyatakan yang HIIT boleh membakar lemak 9x lebih banyak dari senaman biasa. Untuk mendapatkan hasil yang lebih mantap anda boleh campurkan dengan senaman cardio. Contohnya jika anda workout 5 hari seminggu selangkan 2 sesi HIIT dengan 3 senaman cardio atau workout di gym.

 
11. Anda boleh sertai HITFAT 9.0 yang akan bermula 14 Januari 2017 nanti. Ia adalah program yang akan membantu anda untuk menurunkan berat serta mendapatkan bentuk badan yang anda inginkan. HITFAT 9.0 adalah platform untuk anda yang ingin lakukan senaman secara kumpulan. Senaman berkumpulan akan buat anda lebih fokus dan seronok senaman.

ADD COMMENT