Seth Hitfat

Karbohidrat Dalam Pemakanan Seharian

Pernahkah anda mendengar atau anda sendiri percaya bahawa karbohidrat adalah punca utama kegemukan? Adakah anda cuba untuk melakukan diet rendah karbohidrat seperti mengelakkan diri daripada makan nasi dan roti? 

Apakah karbohidrat?

Badan kita memerlukan 3 makronutien penting iaitu karbohidrat, protein dan juga lemak. Pengambilan karbohidrat untuk manusia biasa adalah antara 45-65% daripada jumlah kalori yang dimakan. Karbohidrat terdiri daripada makanan yang berkanji, gula dan serat.

 

Makanan utama kita seperti nasi, roti, biskut, bijirin (cornflakes, honeystar, fruit loops), mee (mee hoon, kuey teow, spaghetti), sebarang makanan dibuat daripada berkanji seperti tepung (donut, lempeng, roti canai, cekodok), ubi keledek kentang. Ini merupakan karbohidrat yang tinggi kalori dan perlu ambil dalam kuantiti yang sedikit.

 

Selain daripada itu, gula yang digunakan dalam minuman juga adalah salah satu jenis karbohdrat (sebarang makanan yang manis), begitu juga dengan madu dan sirap. Ini perlu dikurangkan atau dielakkan.

 

            Tidak lupa juga buah-buahan seperti epal, oren, manga, tembikai dan sebagainya yang menjadi sumber serat kepada badan kita. Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 20-30 gram serat sehari jadi pengambilan serat amatlah penting.

 

Apakah kepentingan karbohidrat kepada tubuh badan kita?

Karbohidrat adalah sumber utama tenaga dalam badan kita untuk kita melakukan kerja seharian. Apabila dimakan, kompleks karbohidrat yang dicerna menjadi glukosa (gula dalam darah) digunakan sebagai sumber tenaga. Badan menggunakan glukosa sebagai tenaga kepada sel-sel, tisu dan organ dalam badan kita untuk berfungsi.

Serat (fiber), dapat membantu kita dalam melancarkan system pencernaan (mengelakkan sembelit).

 

Terdapat dua jenis karbohidrat iaitu sumber karbohidrat baik dan sumber karbohidrat jahat. Contoh karbohidrat baik ialah tinggi serat dan rendah kalori.

Manakala sumber karbohidrat jahat ialah karbohidrat tinggi kalori seperti makanan diproses dan tinggi kandungan gula. Anda boleh melihat karbohidrat tersembunyi didalam makanan seperti yang ditunjukkan didalam gambar ;

 

 

Apakah akan terjadi jika kurang karbohidrat didalam badan kita?

            Tanpa karbohidrat yang mencukupi akan menyebabkan badan tidak mempunyai tenaga. Otak dan organ kita memerlukan gula yang secukupnya untuk bekerja jika tidak akan menyebabkan kita menjadi pening dan mental dan fizikal kita boleh menjadi lemah. Selain itu, seseorang itu mungkin tidak mendapat fiber secukupnya yang mungkin menyebabkan masalah pencernaan dan sembelit.

Kekurangan karbohidrat / gula menyebabkan protein digunakan sebagai sumber tenaga. Disinilah bermulanya masalah utama kerana badan memerlukan protein untuk membina otot, apabila menggunakan protein sebegai tenaga akan menyebabkan badan mendapat tekanan untuk mencari sumber tenaga sendiri dan jika diteruskan lagi lemak pula akan digunakan sebagai sumber utama tenaga menyebabkan anda memasuki satu fasa metabolisma yang bahaya yang dipanggil Ketosis. Ketosis boleh menyebabkan anda mendapat berisiko untuk mendapat kerosakan buah pinggang, tinggi gula dalam darah dan sebagainya.

 

Apakah akan terjadi jika terlebih karbohidrat didalam badan kita?

Tinggi karbohidrat bermaksud tinggi kalori boleh menyebabkan kegemukan dan pelbagai penyakit lain. Kita perlu makan makanan secara sederhana dan digalakkan untuk mengambil karbohidrat 1/4 daripada pinggan anda. Amalkan pengambilan karbohidrat mengikut pinggan sihat Malaysia iaitu “suku-suku separuh”.

 

ADD COMMENT